Thursday 13 September 2012

 
Assalamualaikum....comel kan "baby besar" ni...bila fikir-fikir, bestnya time jd baby. Baby ni beruntung kerana ia diibaratkan sebagai kain putih yang sangat suci. Baby (kanak-kanak) ini setia menunggu untuk dicorakkan. Siapakah pencorakknya? Emm, adakah ibu bapa? saudara mara? masyarakat? Tepuk dada tanya iman. Namun, kita tahu bahawa ibu bapa lah yang memainkan peranan penting dalam mencorak anak mereka. Untuk mencorak anak-anak, setiap ibu bapa perlulah berilmu kerana dengan ilmu anak-anak akan dicorak dengan sebaiknya. Dengan ilmu, ibu bapa mudah untuk  mencorak atau dalam erti kata yang lain membentuk anak tersebut kerana ilmu bertindak sebagai pemandu arah yang memandu ibu bapa membentuk anak mereka. Tanpa ilmu, ibu bapa seperti kapal yang terumbang ambing yang tiada nakhodanya dalam mendidik anak. Sebagai umat islam, ilmu mendidik anak yang terbaik adalah yang berpandukan ajaran Islam. Ilmu boleh diperolehi dengan membaca Al-quran itu sendiri disertakan dengan menghayati maksudnya, membeli buku-buku tentang cara mendidik anak, menghadiri majlis ilmu dan sebagainya.

Sessungguhnya, ilmu amat penting dan perlu sentiasa dicari, seterusnya perlu diamalkan dalam kehidupan kita seharian agar kita sentiasa diredhai oleh Allah s.w.t...Amin....

Monday 30 April 2012


Pelbagai nikmat yang telah Allah berikan dan kurniakan kepada kita, hambaNya..Sebagai contoh, nikmat pancaindera seperti tangan untuk menulis, mata untuk melihat, dan telinga untuk mendengar. Contoh nikmat yang lain ialah nikmat kesempatan waktu, kehidupan yang tenang, fikiran yang lapang serta tubuh badan yang sihat. Kita sebagai hambaNya perlulah menggunakan nikmat yang telah diberikan dengan sebaik-baiknya dan jangan sesekali gunakannya untuk melakukan keburukan. Kita sering terlupa, terleka dengan nikmat yang Allah kurniakan dan apabila telah ditarik olehNya barulah kita nak sedar akan pentingnya nikmat tersebut. Pepatah Melayu ada mengatakan 'Sudah terhantuk barulah nak terngadah' , begitulah kita diibaratkan. Oleh itu, kita haruslah sentiasa muhasabah diri akan segala perlakuan kita sama ada kita telah menggunakan nikmat yang diberikan dengan betul atau tidak, dan jika tidak cubalah renung balik penciptaan manusia adalah untuk apa dan bagaimana ~uNtuk reNungan kiTA bErSama ~